Jadi manusia jangan besar kepala,
Kerana dunia bukan kau yang punya.
Dengarkanlah nasihat yg diberi,
Kerana itu penyelamat diri.
Kalau tak suka atau tak terima,
Tolong jangan buat muka.
Lain kali, sila bersuara,
Andai yang dikatakan itu tidak bermakna.
Kalau kau senyap dan berdiam sahaja,
Naik menyampah aku jadinya.
"Buat apa nak kisahkan dengan apa yang mereka kata,
Mereka tidak tahu tentang hal kita."
Dialog sebegini sudah selalu ku dengari,
Sehingga kini aku naik lali.
Sebelum kau naik berang,
Sila pakai akal fikiran.
Friday, March 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment